Mengisahkan sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Antara yang menyertai percutian itu ialah blogger terkenal Yana(lakonan Sharifah Amani) , Azri usahawan muda(lakonan Bront) , Aqilah seorang peramugari (lakonan Natasha Hudson), Noni (lakonan Amyza Adnan), Pali( Chomatt Samad) , Pian Komando, Madam Zara (lakonan Fazlina Ahmad Daud) pemilik agensi pelancongan itu.
Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar itu, bot yang membawa mereka telah mengalami kerosakan dan terdampar di pulau itu. Apabila mereka sedar bot yang memabwa mereka sudah tidak ada lagi.
Mereka terpaksa hidup di pulau tersebut tanpa keperluan asas dan belajar cara nak harungi kesusahan di hutan.
Kejadian pelik dan aneh mula menghantui mereka apabila seorang demi seorang dari kalangan mereka mati dibunuh tanpa mengetahui siapa yang membunuh.
Misteri pembunuhan semakin lama semakin terungkai apabila mereka yang masih hidup dapat merasakan hubungkait kematian mangsa dengan kejadian yang berlaku.
______________________________________________________________________
So far aku layan drama ni dari Episod 1 sampai Episod Last memang sangat-sangat best. Two Thumbs Up to Azma Aizal Yusoof. Super Duper Best Ok.
Pada yang belum tengok tu. Cepat² la ye tengok via tonton.com.my. Kalau lambat alamatnya sila purchase untuk tengok citer Pulau ni. Rugi ok tak tengok Pulau ni.
Ingat nak upload OST Pulau Tv9 ni. skali cari takde la pulak. tak ape la kan. next search kalau ada. Saya upload ye. Tajuk OST Pulau "Mata Ke Hati" nyanyian dari Pompa Bensin.


No comments:
Post a Comment