1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
5. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
6. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
7.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.
8.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
9.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
10.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,bacalah buku-buku cinta.
11.Bila setiap kali melihat gambar bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
12.Bekas kekasihnya akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!
13.Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
14.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
15.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
16.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..
17.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise kepadanya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
18. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah persefahaman, perhatian, perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
*

No comments:
Post a Comment